
THE BUJANGS

DIALOG BUJANGS












" Bujangs " menjadi suatu kata putus apabila sebuah diskusi kecil dilahirkan pada tahun 2016 oleh Abie , Ajik dan Abu untuk mula bermain di dalam panggung seni muzik. Pada pendapat kami , bujang adalah satu gelaran yang memegang lesen untuk golongan muda-mudi masa kini melakukan perkara yang mereka 'ghairah' ! Bujangs terdiri daripada 5 kepala iaitu pertama Abie yang memegang watak sebagai penyampai mesej (penyanyi/frontman). Seterusnya adalah Ajik yang memegang watak sebagai tukang goreng (gitar utama) serta Abu iaitu sebagai penambah lemak (gitar bass). Amsyar sebagai perencah rempah ratus (keyboardist) dan terakhir Shah selaku tukang ketuk (cajonist/drummer). Bertapak di Kuantan,Pahang dan sedang membikin sejarah mereka tersendiri.


"Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan. Oleh itu, buatlah sungguh-sungguh dengan penuh kejujuran."
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
artwork
Talian Hiburan :
Bandar Indera Mahkota 2 , 25200 , Kuantan , Pahang
+06 0182782507 (Abie)
+06 01126930696 (Abu)
